Sunday, March 22, 2009

Atur Acara Majlis Penutup PENITI V

Ahad
(22 Mac 2009)
8.00 malam : Pendaftaran Peserta
8.15 malam : Ketibaan Hakim
8.30 malam : Ketibaan VIP
8.40 malam : Nyanyian Lagu
- Negaraku
- Putra Gemilang
8.45 malam : Aluan Pengerusi & Bacaan Doa
8.50 malam : Persembahan Pembukaan
8.55 malam : Gimik Perasmian
9.00 malam : Sesi Perkenalan Peserta
9.10 malam : Pertandingan Akhir Bermula
- Peserta 1 - 4
9.50 malam : Sesi Perkenalan Hakim
9.55 malam : Pertandingan Akhir Bersambung
- Peserta 5 - 8
10.35 malam : Pengiraan Markah
- Persembahan Multimedia
- Persembahan Penutup
11.05 malam : Komen Hakim
11.10 malam : Penyampaian Cenderamata Hakim
11.15 malam : Penyampaian Hadiah dan Sijil
Pengumuman Pemenang
Penyampaian Cenderamata VIP
11.35 malam : Nyanyian Lagu
- Perpaduan Teras Kejayaan
11.40 malam : Sesi Bergambar
11.45 malam : Bersurai & Jamuan Ringan

Saturday, February 28, 2009

Objektif

  • Mencungkil bakat baru di kalangan pelajar-pelajar kolej kediaman untuk mewakili UPM ke pertandingan PENITI Intervarsiti.
  • Sebagai satu landasan persediaan awal kepada para peserta dalam pertandingan PENITI V Intervarsiti malah memaparkan gambaran pertandingan pidato di peringkat universiti dan intervarsiti.
  • Memberikan pendedahan, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan melalui sistem pengurusan program serta memupuk semangat jatidiri dikalangan warga Kolej Kelima.
  • Memperkukuh kemahiran berkomunikasi dengan luas dan berkesan serta memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan Mahasiswa.
  • Melibatkan warga kampus yang mempunyai kecemerlangan dan kemahiran dalam pelbagai bidang dalam proses pembangunan sosial, belia, masyarakat dan negara.

Pengenalan

Mahasiswa merupakan tunggak kepada pembangunan dan kemajuan negara. Justeru, sebagai warga intelek yang mendukung amanah menimba ilmu pengetahuan, seharusnya mahasiswa menggenggam erat kepada falsafah dan wawasan negara terutamanya dalam bidang keilmuan ini.

Dewasa ini, modal insan yang dicanangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi menjadi antara agenda utama dalam perangkaan pembangunan sumber manusia di Malaysia. Kemahiran Insaniah merupakan antara pengisian yang menjadi sandaran dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi. Hasrat yang diutarakan oleh YAB. Perdana Menteri ini harus dipandang sebagai pelengkap kepada misi mencapai wawasan 2020.

Justeru, sebagai menyokong padu hasrat mulia ini, Kolej Kelima Universiti Putra Malaysia dengan penuh komited ingin meneruskan program Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni V Interkolej 2009 ( PENITI V ). Program yang memberi penekanan kepada daya pemikiran intelek dalam bentuk penterjemahan idea melalui penyampaian pidato ini diharap dapat menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa .

Program ini terbuka kepada semua mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Dengan rekod penyertaan yang semakin meningkat tahun demi tahun, diharapkan PENITI V Interkolej 2009 juga terus mendapat sambutan daripada semua kolej untuk terlibat dalam usaha kita sebagai penjana mahasiswa bermodal insan kelas tinggi.